LUVISLAM
July 27th
Female
Terengganu
UKHWAH FILLAH!
   

<< September 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, September 04, 2010
KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..di bulan yg penuh berkat ini..ana masih diberikn nkmt yg begitu bnyk untk menjenguk blog ana yg mgkn sudh bersawang ini. Teringin pula menmbh entry baru untk buln ini.

Syukur ke hadrat Allah kerana msih memberi kita kesihtn yg baik. Namun, apkh yg kita tlah lakukn untk menunjkkan rasa kesyukrn trhdp Pencipta kita? Ana berasa tersentuh untuk mengupas sedikit sebnyk amln yg dpt kita lakukn bg mnmbhkn rasa keimanan kita terhadap Allah s.w.t.

Amln yg saya mksudkn ialah solat sunat dhuha..amaln ini amt rngks untk dikerjakn namun berapa ramaikah manusia yg sanggup melungkan sedikit masa untk mngerjakn solat sunat dua rakaat ini?

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )


Solat Sunat Dhuha

Ingin ana berikan satu contoh di sini:

Su adlh seorg pelajar di sebuah sekolah menengah. Dia adlh antara seorg calon pljr cmrlg di sekolhnya. Tetapi, lama-kelamaan keptusn peperiksaannya semkin merosot. Ini memburukkn lagi reputasinya sebagai calon pljr cemerlg sekolhya. Walaupun telah mendapat 'nasihat' drpd beberapa org shbtnya dgn pelbgai helah untk menipu dlm peperiksaan namun, hatinya tidak pernh teng dgn keputusan yang diperolehinya itu. Apakah amalan tertentu yang boleh dia amalkan ?

Apa yang di alami Su dan mereka yang senasib boleh di atasi dengan amalan solat Dhuha. Sebagai orang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala-gala dalam kehidupan kita ini adalah dalam pengurusan Allah s.w.t. Dialah yang menghidupkan dan Dialah yang mematikan. Daripadanya datangnya segala kebaikan dan daripada-Nya juga datang segala keburukan.


Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan. Islam menamakan setiap waktu-waktu ini untuk kemudahan umatnya dan agar mereka dapat mencari keistimewaan setiap waktu-waktu tersebut.

Antara kepentingan mengetahui waktu-waktu ini bagi seorang hamba Allah adalah untuk masa beribadah atau menyembah Allah atau masa-masa untuk bertemu Allah . Bagi tujuan untuk menyembah Allah s.w.t , waktu itu terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Waktu Wajib

2. Waktu Sunat

3. Waktu Haram



WAKTU WAJIB

Waktu yang telah di tentukan bagi kewajiban solat iaitu Maghrib, Isyak, Subuh, Zuhur dan Asar


WAKTU SUNAT

Waktu-waktu yang mana padanya disunatkan kita melakukan solat-soalt sunat seperti Tahajud, Dhuha, Tasbih,Hajat,Istikharah, Gerhana dan lain-lain


WAKTU HARAM

Waktu-waktu yang di haramkan kita melakukan solat-soalt sunat adalah waktu-waktu tersebut adalah Syuruq(semasa matahari terbit), Istiwak(matahari tegak di atas kepala) dan Ghurub(tatkala matahari tenggelam) Kembali kepada Solat Dhuha, ia adalah antara waktu yang di berkati dan ditetapkan oleh Allah bagi hamba-hambanya yang mahu mendapat kekuatan jasmani dan kemurahan rezeki.

Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )



Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat.

Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya.

Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita. Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis Qudsi yang bermaksud :

"Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud , "Hai anak Adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang."

(Riwayat Tirmizi)


Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling daripada Allah lalu meniru dlm peperiksaan atau cuba mencari jalan untuk menipu dalam peperiksaan. Di sesetengh tempt, mereka meletkkan nota-nota dan mnggunkn alsn ingn ke tandas walhal mereka ingin pergi mencari jwpn. Perbuatn tidak jujur ini hanya menmbhkan resah di hati kerana khuatir ditngkap oleh guru-guru. Tmbahan lagi, Allah s.w.t. murka kepada mereka dan hilang keberkatannya.

Sebaliknya orang yang kuat imannya kepada Allah s.w.t akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah s.w.t . Mereka yakin Allah sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan.

Sebagai tanda kekuatan iman mereka kepada Allah, apa-apa sahaja keperluan mereka, mereka akan meminta hanya kepada Allah melalui amal ibadah.

Firman Allah s.w.t

"Hai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah kepada-Nya wasilah. Dan berjuanglah di jalan Allah, semoga kamu berjaya. "

( Surah al-Maidah : 35 )


Wasilah yang di maksudkan di sini jelas bukanlah apa yang berbentuk peniruan, pembohongan, penipuan, ketidak jujuran dan pelbagai lagi perbuatan salah di sisi agama dijadikan sebahagian manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya itu semua hanya akan menjauhkan kita daripada Allah s.w.t

Sebaik-baik wasilah yang dimaksudkan ialah apa-apa jua ibadah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t maka apa-apa sahaja yang diinginkan akan dikabulkan-Nya. Beberapa hadis Nasi Muhammad s.a.w ada menerangkan tentang kesan solat sunat Dhuha kepada tubuh kita.

Antaranya :

Fadilatnya-Kekuatan Jasmani

Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud:

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.
Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )


Setiap yang wujud dalam tubuh bandan manusia hidup memerlukan makanan. Ia boleh membesar dan boleh mati dan tidak berkembang lagi.

Begitu juga halnya dengan kerohanian kita. Ia boleh hidup subur dan boleh juga mati. Santapan bagi jasmani ialah makanan-makanan yang kasar sementara santapan bagi rohani pula ialah amal ibadah.

Pada setiap ruas tulang kita, ada semacam cecair yang bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan tulang belulang kita. Cecair ini yang di sebut sebagai ligament juga merupakan mahkluk hidup yang boleh berkembang atau menjadi kering dan mati.

Ia juga memerlukan makanan untuk terus hidup segar. Cuma sajaha makannya bukanlah berbentuk bahan kasar, sebaliknya seperti apa yang diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, makhluk-makhluk ini memerlukan sedekah untuk terus berkembang hidup dan makanan yang di perlukan adalah zikir kita. Kajian telah di buat , setiap makhluk yang sekecil kuman di dalam air sekalipun akan mleonjak apabila nama-nama Allah di sebut!. Subhanallah!

Inilah hikmah besar yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w , tanpanya kita tidak mungkin akan menyedarinya. Menurut hadis tersebut yang sesuai dengan kajian biologi, tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 360 ruas tulang.

Kalau setiap ruas itu memerlukan satu Subhanallah, satu Alhamdulillah, satu Allahu Akbar dan satu Lailahaillallah, maka setiap hari kita perlu berzikir sekian banyak.

Namun, dengan DUA RAKAAT SOLAT DHUHA, seseorang itu akan memperoleh 360 zikir tersebut untuk menjadikan sedekah kepada ruas-ruas tersebut.

Ingatlah, ini antara faktor keimanan yang mesti diyakini oleh orang yang beriman, orang yang beriman akan percaya kepada kebenaran yang di ampaikan oleh Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak di lihat dengan mata kasar sekalipun.

Inilah kaitan tiga serangkai antara iman, ibadah dan kesan faedah dalam penghidupan. Insya-Allah , orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain- lain.

Demikianlah hasil dan faedah yang di peroleh dengan melakukan solat Dhuha.

Memandangkan solat Dhuha ini merupakan solat sunat yang Muqayyad, maka waktu dan jumlah rakaatnya telah di tetapkan.


Waktunya

Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.


Rakaatnya

Dari paling sedikit dua rakaat dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki. Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

Doa selepas solat sunat dhuha:



Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit,
turunkanlah,
dan jika di dalam bumi,
keluarkanlah,
jika sukar,
permudahkanlah,
jika haram,
sucikanlah
dan jika jauh,
dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha,
kecantikan,
keindahan,
kekuatan,
kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.


Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan "Dhuha" maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) "manakah orang-orang yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.


Oleh itu, marilah kita sama-sama menenunaikan solat sunat dua rakaat ini. Tidak susah pun sebenarnya namun hati diri kita sendiri yang menolak untuk melakukannya. Apa salahnya kita luangkan sedikit masa ketika waktu rehat untuk menunaikan solat sunat dhuha? Paling lama mungkin 5 minit sahaja waktu ynag kita perlukan. Jika kita benar-benar ikhlas untk melakuknnya..Insya-Allah kita akan mendapat kejayaan. Tidak kiralah sama ad di dunia mahupun di akhirat sana..

Wallahu'alam..

Posted at 07:59 pm by LUVISLAM

aisyah
July 22, 2011   04:32 AM PDT
 
salam mohon share :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry